HEBAHAN ECOSS

Muat Turun Aplikasi



VIDEO PANDUAN



SOALAN LAZIM

Aplikasi Mobile eCOSS ialah sistem pemantauan digital yang dibangunkan untuk merekod dan mengurus pembelian minyak masak bersubsidi oleh pengguna, serta memudahkan pemantauan kuota oleh peruncit dan pihak berkuasa.

Peruncit : Untuk merekod data penjualan minyak masak bersubsidi.
Pengguna : Untuk mengesahkan pembelian minyak masak bersubsidi.

Ya. Pengguna perlu muat turun aplikasi eCOSS di telefon pintar (iPhone, Android, Huawei) dan pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja melalui pengesahan e-KYC.

Setelah pendaftaran dan pengesahan e-KYC selesai, tekan butang "Imbas Kod QR" dan imbas QR peruncit. Pilih jumlah minyak masak paket yang ingin dibeli dan tekan butang "Hantar" untuk pembelian. Tunjuk maklumat belian kepada peruncit sebagai bukti.

Ya. Pengguna perlukan internet untuk melakukan transaksi pembelian.

Jika tiada capaian internet semasa transaksi penjualan dan pembelian, peruncit bertanggungjawab untuk merekod pembelian oleh pengguna secara manual dan mengemaskini rekod jualan di dalam sistem eCOSS.

Ya. Semua data peribadi dikendalikan mengikut polisi keselamatan data kerajaan dan hanya digunakan untuk tujuan kawalan subsidi minyak masak.